Wednesday, February 15, 2012

Tazkirah : Perkahwinan Dalam Islam


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kasih Sayang! (^_^)

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (An-Nisa': 1)."

"Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui".  (Yaasin : 36)
Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

Perkahwinan merupakan satu ibadah dalam agama Islam di mana matlamat sebenar perkahwinan adalah untuk membina sebuah institusi keluarga yang bahagia. Perkara asas perkahwinan yang dituntut dalam Islam ialah akad nikah dan mas kahwin. Akan tetapi...
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana seks, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
  • Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhlukNya. Allah mencintai hambaNya melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka, tidak ada alasan apa pun di dunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan menderhakai Allah.

Setiap orang mahukan perkahwinan yang kekal dan bahagia berpanjangan. Tapi kita hanya merancang, namun Allah yang menentukan.

Bagi pasangan yang telah berkahwin dan masih kekal terikat, yang tenang atau yang sedang bergolak, ada baiknya jika kita dapat nilai kembali niat dan juga tujuan perkahwinan. Jika perlu dan dapat, ubah atau tukar niat/tujuan perkahwinan, jadikan ianya bermatlamatkan ibadat kepada Allah.

Yang belum berkahwin dan akan berkahwin suatu hari nanti (InsyaAllah), pastikan niat yang betul dan terarah kepada Yang Maha Esa. Semoga dengan membetulkan niat kita, jalinan ikatan lebih terpelihara dan terjaga.

Nota hujung jari : Setiap manusia baik lelaki mahupun perempuan, sentiasa menyimpan hasrat dan impian untuk mendirikan mahligai bahagia bersama insan tersayang yang memahami, bertanggungjawab, penyayang, caring, beragama, dan semua ciri-ciri yang romantis gitu...ahakss! Semoga Allah mempertemukan diriku dengan jodoh yang baik yang telah ditentukanNya, di mana boleh membimbing diriku ke jalan yang diredhai Allah. Aminn...insyaAllah! Ku pasti itulah juga impian setiap insan yang lain...tak gitu? So marilah kita berdoa memohon yang baik dariNya. *wink*

"Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... ". (An-Nisa' : 1)
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers