Wednesday, February 15, 2012

Bersangka Baiklah Kepada Allah S.W.T


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Kasih Sayang! (^_^)

Sohabat dan sohabiah yang dirahmati Allah,

Hidup kita di dunia ini adalah umpama putaran roda kenderaan. Ada masa sedih, ada masa gembira, ada masa senang dan ada masa susah. Hati kita juga berubah-ubah, ada masa tenang dan ada masa gundah-gulana. Ada masa seronok dan yakin dengan ketentuan Allah tetapi ada masa resah gelisah, kecewa, fobia, trauma dan kadangkala terdetik kenapa berlaku ke atasku? Apa kesalahanku?

Kesemua peristiwa yang berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah suatu ketentuaan Allah s.w.t. yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah s.w.t menguji hamba-hambaNya sama ada dia ingin bersabar atau tidak. Sama ada dia hendak redha atau pun tidak. Sama ada  dia berbaik sangka kepada Allah s.w.t atau pun tidak.


Allah berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah". (Surah Al-Hajj : 70)

Firman Allah lagi maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah Al-Hadid : 22)

Allah berfirman maksudnya : "Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)". (Surah Yunus : 61)

Walaupun sesuatu peristiwa itu yang berlaku di atas ketentuaan Allah, tetap Dia memberi pilihan kepada manusia untuk berubah, berusaha, berikhtiar dan berdo'a.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra’du ayat 11 maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya".

Rasulullah bersabda maksudnya : "Tiada suatu yang boleh menolak (mengubah) qadha' melainkan doa".

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t berfirman maksudnya : Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku". (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas hanya do'alah satu-satu cara yang boleh dibuat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Ulamak mencadangkan bahawa bila kita berdo'a perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah s.w.t.


Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku".

Bahawa bila kita yakin Allah akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga Muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.

Bila kita yakin Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan dikalangan hamba-hambaNya yang berjaya di dunia dan akhirat maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.

Bila kita yakin bahawa Allah mencintai dan mengasihi kita dan dijauhi dari musibah yang pernah kita alami dengan kekecewaan dan trauma sebelum ini, maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.

Bila kita yakin kita akan diberi rahmat oleh Allah s.w.t. dan terpelihara iman dan akidah kita dan mendapat kematian yang baik (mati dalam mengucap kalimah syahadah), maka keyakinan ini akan ditunaikan oleh Allah s.w.t.

Sohabat dan sohabiah yang dikasihi,

Hidup kita di dunia yang sementara ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Anggaplah pengalaman lama sebagai iktibar dan kita harus bersyukur kerana kita masih hidup dalam keadaan beriman. Kita diberikan Allah kesihatan tubuh badan dan memiliki rezeki yang tidak putus-putus. Masih mampu berfikir dan masih mampu melaksanakan kewajipan kita kepada Allah s.w.t. Maka tanda kita bersyukur dan meredhai Allah s.w.t maka kita perlulah baik sangka dengan Allah dan menganggap Qadha' dan Qadar yang telah berlaku itu yang paling baik Allah tetapkan untuk kita. Dengan keyakinan ini akan hilang perasaan kecewa, putus asa, fobia, trauma, takut, bimbang, risau, gelisah dan ragu-ragu.

Hati orang Mukmin tidak pernah takut apa yang akan ditetapkan Allah s.w.t. untuk masa depannya. Kekasih kita yang Maha Berkuasa akan beri dan pilih sesuatu yang baik dan Dia akan menambahkan lagi rezeki dan akan sentiasa menjaga kita dari bala dan bencana dan sentiasa mendorong kita melakukan kebaikan dan amal-amal soleh.

Alangkan mulianya hati orang Mukmin hidupnya sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain dan sentiasa berdakwah dan menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahatan. Allah s.w.t akan memberi sakinah (ketenangan) dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan akan di empatkan kita oleh Allah s.w.t di Syurga Firdaus yang paling tinggi tanda kecintaan Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya.


Nota hujung jari : Husnudzon atau berbaik sangka kepada Allah, merupakan salah satu dasar utama kita membangunkan hubungan dengan Allah Ta’ala. Oleh itu, kita perlulah sentiasa bersangka baik kepada Allah dalam hal apapun. Hal ini adalah salah satu cara agar kita dapat selalu mensyukuri apa yang telah Allah berikan kepada kita. Kebahagiaan, kesedihan, barakah, musibah dan apapun yang telah ditetapkan oleh Allah atas diri kita pasti mengandungi hikmah yang dapat kita petik darinya.

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers