Wednesday, February 15, 2012

Penyeri Malam Pertama...Oppss!!


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Entirely Gracious, the Ever Merciful

All praises be to Allah, the Lord of the worlds. Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another day to live as Muslims, with Iman and Islam strong in our hearts. Insha’Allah. Peace and blessings to our beloved Prophet محمد and his companions for teaching and spreading to us the religion of truth.

Nikmat kemanisan bercinta diteruskan dengan ikatan perkahwinan yang sah dan halal disisiNya.
Debaran untuk mengucapkan ijab & kabul terlerai sudah. Penantian untuk memasuki alam rumahtangga pula telah melintasi pintu gerbangnya. Dulu bersendirian, kini berdua. Semuanya dilakukan demi menyahut panduan daripada Al-Quran :

"Dan berikan maskahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian, jika mereka maenyerahkan kepada kamu sebahagian daripada (maskahwin) itu dengan senang hati, maka terimalah & nikmatilah pemberian itu dengan senang hati." [An-Nisa' : 4]

Dengan itu bermakna selepas berlakunya akad & pemberian mahar seperti yang dipersetujui bersama, maka hiduplah sepasang pengantin itu melayari bahtera perkahwinan yang halal & diberkati Allah Taala, InsyaAllah.

MENGHADAPI MALAM PERTAMA

Inilah debaran kedua bagi kedua mempelai baru selepas melepasi akad nikah. Perasaan paling utama dirasakan adalah malu. Selain itu pada fikiran masing-masing terfikir keserasian ketika menempuh situasi pertama berkelamin. Untuk menghadapi malam pertama, kedua mempelai akan:

- Menghadapi pasangan untuk pertama kali
- Memulakan langkah awal mendekati pasangan
- Memahami situasi perasaan atau emosi pasangan

di samping menitikberatkan pengisian syariat serta doa untuk diamalkan bersama.

MENGECAP KASIH MALAM PERTAMA

Ucapan salam sebagai pembuka tirai daripada seorang suami kepada isterinya membuatkan degupan jantung menjadi laju. Itulah gambaran awal pada malam pertama bagi sepasang pengantin baru yang belum pernah dirasakan sebelum ini. Sudah semestinya & rata-rata pengantin baru, mahukan malam pertama itu dapat dinikmati dengan suasana indah agar menjadi satu pengalaman dalam kenikmatan sebagai suami isteri yang paling bernilai & sukar dilupakan.

MASALAH & DILEMA JIMAK

Namun tidak dapat dinafikan, banyak persoalan membelenggu di fikiran pasangan terbabit sebelum, semasa, mahupun selepas melakukan hubungan jimak pada malam pertama itu. Si suami mungkin tertanya-tanya tentang keupayaannya, si isteri pula tertanya-tanya tentang kepuasannya. Sukar untuk dinafikan bahawa ramai yang gagal pada malam pertama. Dapat dirumuskan kegagalan ini berpunca daripada kegagalan memahami emosi pasangan. Permasalahan mengenai hubungan jimak memerlukan pasangan suami isteri bersikap lebih terbuka.

KESIMPULAN

Dengan harapan berpada, dicurahkan sedikit sebanyak ilmu seni batiniyyah ini agar menjadi panduan kepada pengantin baru untuk menempuh situasi malam pertama. Semoga dikurniakan Allah agar pasangan memperoleh zuriat yang soleh & solehah bagi meneruskan amalan kebaikan hingga keturunan seterusnya. Amin.

Kebahagiaan dalam perkahwinan adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya.
Dioleh kembali dari prakata Penerbit Telaga Biru & Pengarang Prof Emeritus Dr Hj Mohd Ismail Tambi dari buku panduan 'ADAB MALAM PENGANTIN' sebagai mukaddimah sahaja.

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers