Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah (",)
Saudara dan saudari sekalian, Ahlan wasahlan wamarhaban bikum!
Jika orang Cina ada tahun naga air, orang Arab pula ada tahun gajah. Tahukah anda apa istimewanya tahun gajah itu? Yaa, tahun gajah adalah tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab : نبي محمد صلى الله عليه وسلم), pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.
Muhammad s.a.w as a Prophet (",) |
Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al-Amin (Bahasa Arab : الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud :
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud :
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."
Sedar tidak sedar, pejam celik pejam celik kini kita dah memasuki bulan kedua dalam tahun 2012. Owh ya, semalam tanggal 1 Februari 2012, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyambut Hari Wilayah dan pastinya mereka yang bekerja di kawasan tersebut happy kan sebab dapat cuti...hoyeaahhh!! Tahu tak ape yang best dan istimewanya bulan Februari nie? Sebab Valentine Day? Owh tidaaakkkk!! *tak pernah sambut & tak perlu nak sambut pon*. Kebanyakan orang mungkin lebih mengingati tarikh 14 Februari kan? hurmmm~ Uikss, bagi yang dah tahu diam-diam je kay! hehehe...
Sekali lagi kita, Umat Islam seluruh Malaysia bakal menyambut Maulidur Rasul SAW yang penuh barakah ini yang jatuh pada hari Ahad 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH", selaras dengan tema Maal Hijrah 1433. InsyaAllah..

Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam. Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi Al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah 'cahaya'. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui 'cahaya' baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya :
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”
Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat Al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.
Istimewanya Sambutan Maulidur Rasul :
Maulidur Rasul (Arab : kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Tema Maulidur Rasul 1433 H : "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH" |
Nota hujung jari : Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah! (^__^)
Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥
♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥
♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥
[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]