Tuesday, February 14, 2012

KFC Pendang : Unknown Story, Read To Believe It..!!


So gooooooood!

Menyebut saja hidangan Makanan Segera Barat, pastinya nama KFC  dan rangkaian restorannya meniti dari bibir ke bibir. Di Malaysia, rangkaian Restoran Makanan Segera Barat KFC merupakan jenama paling terkenal di samping khidmat mesra pelanggannya. Setelah 30 tahun kewujudannya di Malaysia, jutaan pelanggan telah mengunjungi rangkaian restoran ini untuk menikmati hidangan yang menyelerakan, layanan mesra kakitangannya serta suasana hiasan dalaman yang mendamaikan.

Semoga korang ceria membaca lawak jenaka baru nie…pening jugak kepala si cashier melayan kerenah Pakcik sorang nie…huhuhu!

Sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negeri Kedah, iaitu Pendang…gila kentang sungguh! Sejak dibuka sampai hari nie, KFC Pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi di antara banyak-banyak KFC kat negara kita. See...betapa orang pendang nie lapaq ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu, setiap masa setiap hari sejak dibuka. Perghhh...pernah tengok KFC kat tempat lain macam nie? Kalau pernah anda dikira beruntung laa..aku tak pernah tengok lagi, nie la first time tengok. Mula-mula aku tengok keadaan negeri nie time cuti raya hari tu terus dalam minda terdetik.."fenomena celaka apakah ini?? shait!!" Yelaa…selalu dok makan ikan puyu, pucuk selom, jantung pisang rebus, ikan lampan pekasam...sesekali ada pulak kedai jual ayam goreng salut tepung rangup, semua rakyat pakat celapak biawak la..

Aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian, tak dak kasi can dah! Terus menyakar tayar kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala sendiri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu. Tapi temubual perkara biasa, masuk ja aku terus gelak. Haremmm..macam kami dok bincang dulu, mesti cleaner lagi ramai dari cashier. Betol! Mana tak ramainya, balik dari memukat masuk KFC. Balik dari bawa kobota masuk KFC. Yang pi kutip skrap pon singgah KFC sebelum balik. Haihh, jenoh cuci lantai laa...kali nie aku amik port betoi-betoi depan cashier. Pura-pura ambik straw tapi curi-curi dengaq perbualan antara kastemer dengan cashier..

Cashier : Assalamualaikum Pakcik..

Pakcik : Walekumsalam...err...err..

Cashier : Makan sini ka bawa balik?

Pakcik : Makan kat sana (tunjuk meja). Patot ramai...pakat dok makan kat sini..

Cashier : Err..maksud saya, makan di meja dalam kedai nie atau bungkus bawa balik?

Pakcik : Ooo...habis tu kalau bungkus tak bawa balik, dia terbang balik rumah Pakcik sendiri ka? Bungkus lah..

Cashier : Err...okay, Pakcik nak set yang mana?

Pakcik : Yang setsi ada tak??

Cashier : Err...maksud saya, Pakcik boleh pilih set-set yang sedia ada kat belakang saya nie (tunjuk). Ada yang 2 ketol ayam...ada yang 3-4 ketol...dia sekali dengan ayaq...bla bla bla..

Pakcik : Pakcik nak beli ayam setengah kati ja. Makcik hang nak buat serunding raya esok..

Cashier : Pakcik...kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

Pakcik : Kalau camtu...beli teloq ayam dah la. Depa kalut nak buat kueh tart...aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru betoi!

Cashier : Errr...errr...teloq ayam pon tak dak...yang ada ayam goreng ja. Makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

Pakcik : Hang pilih ja la yang mana pon. Isshh...Pakcik tak reti nak pilih-pilih nie. Yang mana pon takpa..

Cashier : Pakcik ada berapa orang kat umah?

Pakcik : Pakcik sorang...anak ada 4 orang...makcik hang maseh sorang..

Cashier : Okay...kalau camtu saya bagi Pakcik dinner plate 2 ya...air nak air gas yang mana?

Pakcik : Huuu...Pakcik takleh minum ayaq gas nie, satgi gheja kentut...angin! Teh o suam ka kopi tarik tak dak ka?

Cashier : Takdak...takpa saya bagi milo ais kat Pakcik. Ada nak tambah wedges ka?

Pakcik : Huuhh? Natang apa tu?

Cashier : Kentang goreng. Senang cereta...cucur ubi..

Pakcik : Haa boleh la...bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit...campur, kerak boh lebih..

Cashier : Errr…ok ok.. (segan layan)

Cashier : Semua sekali RM 34.50..

Pakcik : Tudia aih, mahal gila..ayam berapa ketoi? (buka plastik tengok). 6 ketoi ja sampai 30 lebih..Pi market boleh beli ayam 3 ekor. Tak mai dah (buka wallet bayaq).

Cashier : Err..err...terima kasih Pakcik..datang la lagi naa..

Pakcik : Tak kelapaq mai dah.

Huuu..aku yang dok ada kat situ, senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung. Baguih gak..depa kena sekali camtu..lama-lama KFC tu semakin berkurang la. Huuu...tu tak buka McD, Pizza, Kenny Roger’s apa lagi...kalau tak lagi teruk aku rasa. Si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org. Kalau hampa tak caya keadaan nie, hampa pi la Pendang tengok. Sampai sekarang tak surut, dan dengar cereta coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau, manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan.

KFC so good. Nyumm nyumm nyummm! (^_^)
Nota hujung jari : Hehehe...cerita nie pon kami copy dari seseorang jugak. Tak tau lah cerita betoi ka rekaan semata-mata. Anyways, hope hampa semua enjoy la baca noo...dah petang nie, jom hi-tea! ahakss~

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers