بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Entirely Gracious, the Ever Merciful
All praises be to Allah, the Lord of the worlds. Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another day to live as Muslims, with Iman and Islam strong in our hearts. Insha’Allah. Peace and blessings to our beloved Prophet محمد and his companions for teaching and spreading to us the religion of truth.

Salam Jumaat, Penghulu di segala hari yang penuh barakah...Lots of Love! ♥
*Mode hari nie, kita dengarkan bacaan suci Zikrullah yang merdu dan begitu terkesan di hati...terasa 'zuppp' je masuk sebaik ayat pertama dibacakan. Islam itu Indah! Alhamdulillah ~
♥ Amalan Zikir Penenang Hati ♥
Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara. Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA. Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh ganjaran dan syurga ALLAH.
Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan, kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA akan meningkatkan darjat kita.
Firman ALLAH S.W.T : "DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." – (Surah al-Mulk : 2)

Zikir Lazim yang mengingatkan aku kpd zaman sekolah. *selalu baca after solat jemaah kat surau*
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada ALLAH, Rasulullah s.a.w. dan menyintai sesama muslim kerana ALLAH semata-mata.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka." – Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia akan mengujinya dengan musibah." – Hadis riwayat al-Bukhari.
Syahdu dan tenang...Ayuh kita berzikir bersama-sama..!! (",)
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ; "Orang yang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai seperti pahlawan di tengah para pengecut."
Terdapat banyak lagi zikir penenang hati yang boleh kita amalkan, contohnya :
~ Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah wallahu akbar..
~ La haula wala quwwata illa billah..
dan pelbagai lagi jenis zikir penenang hati yang lain. Korang boleh dapatkan mp3 atau CD zikir penenang hati oleh ahli nasyid seperti Hijjaz, Raihan, Rabbani dan sebagainya...Yang terbaru, artis nasyid (solo) - Hafiz Hamidun ada mengeluarkan Album Zikir Terapi Diri. Dengar cerita album nie sangat laris di pasaran, macam pisang goreng panas! huhuhu. Dah tentunya isi kandungan CD tu pon best2 kan...me pon selalu baca & ikuti tweet2 di Laman Twitter, almost everyone kata album Zikir Terapi Diri nie memang best sangat sebab alunan suara Hafiz sendiri yang merdu & tenang bila mendengarnya. *nie rasa nak cari jugak album tu*

Video kat bawah nie antara beberapa siri zikir yang ade dalam CD Zikir Terapi Diri - Hafiz Hamidun.
Betapa pentingnya zikir dan doa yang berfungsi menenangkan hati manusia. Ketahuilah bahawasanya semua ciptaan Allah atau makhluk Allah tidak kira di langit atau di bumi turut berzikir. Subhanallah!
Nota hujung jari : Jom sohabat & sohabiah semua, kita luangkan masa beberapa minit untuk berzikir kepada Allah. Lebih baik jika kita dapat jadikan berzikir ini sebagai amalan harian...insyaAllah! Dan ingatlah, jika terbit di hati seolah-olah kita keseorangan apabila menghadapi ujianNya, sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama kita (Innallahu ma'ana) . *pesanan buat diriku jua*
Wassalam...Semoga ape yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca & mengamalkannya. Amiinnn~
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥
[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]