Tuesday, January 31, 2012

Ajis oh Ajis...Hai lah Ajis!


Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi. Kalau ada yang cakap kat sungai itu ada ikan, ajis mesti pergi cuba memancing di sana.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan-rakan sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yang banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang. Kampung itu agak jauh & pedalaman, sungai itu pulak lebih kurang 5 km dari kampung tersebut, dekat tepi pinggir hutan.

Memancing melatih diri bersabar (",)
Tengahari itu, Ajis dah bersiap-siap untuk pergi memancing di lubuk yg diceritakan itu. Sesudah siap memakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan perkakas pancingnya ke dalam raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang. Jauh jugak nak ke kampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai. Teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, nanti kalau terus pergi sungai itu, tak sempat pulak solat Asar.

Tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yang agak uzur di tepi jalan sunyi kampung itu. Lalu bergegas dia berhenti, dilihatnya sekeliling tak ada orang, sunyi saja surau itu.

Ajis segera mengambil wuduk dengan tergesa-gesa sebabnya waktu Zohor dah hampir nak habis.

Ketika Ajis di rakaat yang kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2-tiba meremang, "Hish, siapa pulak yang gelak-gelak tu?" bisik hati Ajis. Setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dari biasa. Ajis tak sedap hati, nie surau tinggal ke? Sebab dah uzur sangat dan alahai, siapa pulak duduk kat tengkuk dia nie.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dengan segera, dia nak cepat-cepat tinggalkan surau itu. Bulu romanya semakin meremang-remang kerana kedengaran suara orang ketawa semakin ramai, ada yang sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir. Selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dengan tangan dari atas ubun-ubun kepala sampai ke dagu, kemudian tiba-tiba Ajis tersedar.

Hehehe...Rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sebab terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang-orang kampung yang datang nak Solat Asar asyik dok gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut la kepala dia rasa berat semacam je...adessss! 

Terus Ajis blah macam tu je, langsung tak jadi  nak pergi memancing.  Dia pusing balik, solat Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya.
 
Gambar Sekadar Hiasan - Mampukah kita mencapai khusyuk dalam solat??
Nota hujung jari : Tak pernah lagi la terjadi pada diriku solat pakai helmet, tapi kalau keluar naik motor terlupa pakai helmet itu selalu lah jugak. Kat KL lak tuh, kalau kampung boleh tahan lagi la...hahaha! Balik dari shopping complex, dengan selamba je tak pakai helmet. Rasa malu memang ade tapi ku gagahi jua..ahakss! *nasib rumah dekat je* Ini semua gara-gara pencuri lahanat...berkenan sangat dengan helmetku. Tau la shining kan...adeeesssss! huhuhu :p

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers