Thursday, January 12, 2012

Fadhilat Hari Jumaat - Sayyidul Ayyam!


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Entirely Gracious, the Ever Merciful

All praises be to Allah, the Lord of the worlds. Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another day to live as Muslims, with Iman and Islam strong in our hearts. Insha’Allah. Peace and blessings to our beloved Prophet محمد and his companions for teaching and spreading to us the religion of truth.

Salam Jumaat, Penghulu di segala hari yang penuh barakah...Lots of Love! ♥

 
"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari Jumaat dan hari Jumaat juga mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut :
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
  • Dari Abu Hurairah ra katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda : Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Pada hari Jumaat juga, kaum Muslimin diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid-masjid berdekatan. Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. Untuk mereka yang bercuti pada hari Jumaat, atau dapat datang awal ke masjid pada Jumaat, cubalah rebut fadhilat Surah al-Kahfi. Samada dibaca keseluruhannya 110 ayat, ataupun sebahagiannya sahaja.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda :

"Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi. " (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda :

"Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat. " (HR Ibnu Katsir)

p/s: Semoga bermanfaat...Me pon kalau takde aral, setiap pagi Jumaat selepas solat Suboh akan cuba meluangkan masa untuk membaca keseluruhan Surah al-Kahfi tersebut. Semoga diriku dapat istiqamah mengamalkannya, Amin...InsyaAllah! (",)
 
# Sketsa si pemalas...Jangan contohi diorang okengs! hehehe :p


Rasulullah bersabda : 

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. "

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. "

"Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. "

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.  "

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Wallahu'alam...

So ape lagi wahai kaum Adam, bersegeralah ke masjid untuk mengingati Allah apabila diserukan Azan untuk menunaikan Solat pada hari Jumaat. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. 

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Okay lah, maybe next time aku akan tulis entry untuk share ilmu tentang Solat Jumaat pulak..ok? hehehe ;)

Wassalam.. 

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers