Thursday, January 26, 2012

BAHAYA : Akibat Terlewat Sebulan


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor." 

Soooo shuweettttttt!! hikhik :p
Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar-benar dipastikan terlebih dahulu.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB itu pun berkata "Ini rumah En. Mahpus ker?" "Iya, saya nie isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB itu pun berkata,  "Puan, nie dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu nie, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tiu. "APA?? Macam mana pulak encik tahu yg saya nie sebulan lewat??"

Pegawai TNB itu pun dengan selamba menjawab  "Ala puan, sekarang nie kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online je."

Kata-kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri itu lagi terkejut. "APAAA??? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB itu pun mententeramkan keadaan "Relax puan, puan nie baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan."

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya. Lalu pegawai TNB itu pun beredar dari situ..

Keesokan harinya, selepas si Mahpus ini diberitahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang nie, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak nie semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr??!! Bisness apa korang buat nie?? Nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mahphus nie berdiri dan membetulkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik...Apa susah, kalau encik nak settlekan perkara nie, bayar je…" kata-kata pegawai TNB itu membuatkan si Mahpus naik berang.

"APAAA?? Nak bayar korang? Belahhhh lahh…."

Lalu pegawai TNB itu pun cakap "Kalau macam tu, kita terpaksa potong encik punya…...."

Si Mahpus mencelah "Apa??? Potong??? Habis tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB itu pun cakap "Nampak gayanye...ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN
AJE LAAAAAAA...!!

??????????? *muka blur* 

Hahahahaha....LOL! Itulah akibatnya kalau salah faham...Adessssss!!

Nota hujung jari : Haaaa, korang semua jangan suka melengah-lengahkan bayar bil ye...nanti tak pasal-pasal jadi macam si Mahpus tuh! hahahaha :p

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers