Monday, February 13, 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad s.a.w


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a berkata, Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda :

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di-Israqkan...".
Antara 9 mimpi tersebut ialah :

1. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan yang datang untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya terhadap kedua-dua ibubapanya.

2. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah S.W.T.

4. Aku telah melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan melalui mulut dan dikeluarkan rantai tersebut daripada duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusyu' dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya daripada seksaan itu.

5. Aku telah melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga yang dihalang dia daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. memberinya minum hingga dia berasa puas.

6. Aku telah melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junubnya yang sempurna rukunnya sambil menghampiri kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7. Aku telah melihat salah seorang daripada umatku berada di dalam keadan gelap-gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri berada di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. lalu mengeluarkannya daripada kegelapan tersebut kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku telah melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan sifat tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

9. Aku telah melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api daripada mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.

Satu persoalan di sini, pernahkah terdetik walaupun sekali di hati kita untuk bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w?? Mimpi bertemu Rasulullah s.a.w boleh digolongkan dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang.

Abu Hurairah berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku."

Berkata Abu Salamah, "Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah SAW yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar.

Pendakwah terkenal Datuk Dr. Haron Din pernah berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermimpi bertemu seseorang yang beliau yakin itu adalah Rasulullah SAW. Ianya berlaku sewaktu beliau sedang menderita sakit tidak lama dulu. Sambil menitiskan airmata, beliau terharu kerana doanya untuk bertemu Baginda ditunaikan oleh Allah SWT.


Bukan berniat untuk mempengaruhi sesiapa agar mempercayai mimpi tersebut, namun saya percaya ada yang kita boleh ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Semoga kita dapat sama-sama mengambil iktibar daripada pengetahuan ini. Wallahu'alam bissawabb!


Nota hujung jari : Yang Baik adalah dari Allah, segala yang buruk, salah, dan silap adalah dari saya sendiri...jika ada salah di mana-mana, tegur-tegurlah ya. Sekurang-kurangnya saya tahu kesalahan saya dan boleh diubah supaya pembaca-pembaca seterusnya tak ter"ikut" benda-benda yang mungkin saya tersilap. Wallahu'alam!

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam


Tatkala dok 'blog walking' ke sana ke sini, terjumpa lah satu artikel menarik nie. Mungkin ramai yang dah baca kot. Tapi bagus juga untuk baca sekali lagi sebab ianya mampu memberikan motivasi khususnya buat ibu-ibu mengandung.

Jom perhatikan, betapa banyak kelebihan & keistimewaan buatmu wahai IBU !

Syurga di bawah telapak kaki Ibu.

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari & pahala ibadat di malam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata : Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Kesilapan #1 : Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
1. Saiyidul (penghulu) Istighfar
2. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 8-9)
3. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali Imran, 3 : 38)
4. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
1. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 : 128)
2. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 : 74)
3. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan #2 : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
1. Menakutkan anak-anak dengan sekolah
2. Menakutkan dengan tempat gelap
3. Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
4. Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Kesilapan #3 : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
1. Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
2. Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan #4 : Menegur anak secara negatif.
1. Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
2. Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan #5 : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda(intelektual).
Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan #6 : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra : Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka. Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan #7 : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas.
Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan #8 : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan #9 : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Kesilapan #10 : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan #11 : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu, adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. Kerana itu, bersikap baik dan sabarlah dalam mendidik, kerana hasil didikan itu harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak

Sumber

Nota hujung jari : Tanpa rahim ibu kita tidak mampu bertahan 9 bulan hidup, tanpa tali pusat yang bersambung dengan ibu kita akan kelaparan, tanpa kudrat dan sabarnya ibu mengandungkan kita tidak akan dapat kita hidup selesa dalam perutnya...Betapa kita berkorban sebanyak mana pun tidak akan mampu menandingi pengorbanan ibu...Loves u much much muchhh mom! *mmuachhxxx*

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Say NO To VALENTINES!!


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah (",)

Sohabat dan sohabiah sekalian, Ahlan wasahlan wamarhaban bikum!

Bila jari-jemari emas ku mula menari-nari di atas keyboard, maka akan ada lah cerita terbaru yang ingin dikongsi bersama...ahakss! *kenyit mata kanan* heeeeee ~

Selamat Hari Kekasih! 14 Februari datang lagi yoo. Happy Valentine’s Day atau Festival Of Love. Anak-anak muda sukalah sangat apabila tiba Hari Kekasih. Bunga merah dan sekotak coklat berbentuk hati adalah common pada hari ini. Masa nie lah, bunga-bunga ros laku macam iPhone 4, semuanya nak dihadiahkan kepada buah hati masing-masing. How sweeeeettt!! *kedip2 mata*. Stesen TV pon tak nak kalah babe, semuanya sibuk mempromosikan Valentine dengan rancangan-rancangan menarik seperti tayangan filem-filem yang sesuai dengan tema hari tersebut. Ape lagi kita pon layankan aje la...zasssss!! hahaha :p

Hari Valentine (bahasa Inggeris: Valentine's Day) atau disebut juga Hari Kasih Sayang, pada tanggal 14 Februari adalah sebuah hari di mana para kekasih dan mereka yang sedang jatuh cinta menyatakan cintanya di Dunia Barat. Walaupun boleh dikatakan setiap tahun apabila tibanya Valentine Day, diingatkan bahawa umat Islam dilarang sama sekali untuk menyambutnya namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Daun tak basah, air lagi jatuh ke bawah. Huhuhu...Langsung tidak memberi kesan apa-apa, sebaliknya anak-anak muda kita semakin seronok untuk meraikannya bersama pasangan masing-masing. So saaaaaaad!

Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

"Hari Kekasih" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut "Hari Kekasih" berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

Adalah HARAM untuk merayakan sesuatu perayaan yang tidak ada asas syariah langsung.
Harus diingat, mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.

Panel Kajian Akidah dan Panel Kajian Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan, menyambut Hari Valentine adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam. Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :

"Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut."

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Katanya lagi, "Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini." Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Sumber

Wallahu'alam bissawab!


Nota hujung jari : As for me,  tak payahlah kita nak ikut budaya orang lain. Nak berkasih sayang nie tidak ada hari-hari yang khusus. Ianya sentiasa subur...kasih sayang yang berlandaskan iman. Bukan kerana mengikut nafsu! Sebagai umat Islam, janganlah kita terlalu membuta tuli mengikut kepercayaan agama lain demi kepuasan & keseronokan semata-mata. Maka insaflah kita..

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Thursday, February 2, 2012

Jom Hayati : Istimewa Maulidur Rasul

  
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, 1Ummah (",)

Saudara dan saudari sekalian, Ahlan wasahlan wamarhaban bikum!

Jika orang Cina ada tahun naga air, orang Arab pula ada tahun gajah. Tahukah anda apa istimewanya tahun gajah itu? Yaa, tahun gajah adalah tahun kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Bahasa Arab : نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎), pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. 
 
Muhammad s.a.w as a Prophet (",)
Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Nasrani enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa. Beliau juga digelar Al-Amin (Bahasa Arab : الأمين) yang bermaksud 'yang terpuji'.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud :

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Sedar tidak sedar, pejam celik pejam celik kini kita dah memasuki bulan kedua dalam tahun 2012. Owh ya, semalam  tanggal 1 Februari 2012, warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyambut Hari Wilayah dan pastinya mereka yang bekerja di kawasan tersebut happy kan sebab dapat cuti...hoyeaahhh!! Tahu tak ape yang best dan istimewanya bulan Februari nie?  Sebab Valentine Day? Owh tidaaakkkk!! *tak pernah sambut & tak perlu nak sambut pon*. Kebanyakan orang mungkin lebih mengingati tarikh 14 Februari kan? hurmmm~ Uikss, bagi yang dah tahu diam-diam je kay! hehehe...

Sekali lagi kita, Umat Islam seluruh Malaysia bakal menyambut Maulidur Rasul SAW yang penuh barakah ini yang jatuh pada hari Ahad 5 Februari 2012, bersamaan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH", selaras dengan tema Maal Hijrah 1433. InsyaAllah..

Kelahiran baginda Rasulullah SAW merupakan satu detik istimewa yang amat bermakna buat umat Islam.  Sesungguhnya, keistimewaan sambutan Maulidur Rasul ini amat berkait rapat dengan keunggulan dan kemuliaan baginda Rasulullah SAW. Menerusi Al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan bahawa diri Rasulullah SAW itu adalah 'cahaya'. Inilah cahaya yang telah menerangi Kebenaran. Melalui 'cahaya' baginda SAW ini, Allah telah zahirkan agama Islam sebagai petunjuk buat kebahagian manusia sejagat. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Maidah ayat ke-15, yang maksudnya : 

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.”

Begitulah, apa yang dinyatakan oleh ayat Al-Quran ini telah dibuktikan dan disaksikan oleh sejarah. Sirah gemilang Rasulullah SAW tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah SAW. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini.

Istimewanya Sambutan Maulidur Rasul :

Maulidur Rasul (Arab : kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad SAW, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah SWT terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah SWT.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Tema Maulidur Rasul 1433 H : "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH"
Nota hujung jari : Sebagaimana Rasulullah SAW merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Saya mendoakan, agar sambutan Maulid Rasulullah SAW kali ini, benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Insya Allah! (^__^)

Wabillahit Taufik wal Hidayah. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh..

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
 Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Tauladan : Hari Perpisahan Roh Dari Jasad


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati (كل نفس ذائقة الموت). Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua.


Kematian itu sesuatu yang  pasti.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadith daripada Aisyah r.a: "Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama seperti melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

"Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidakakan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat." Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

MATI itu pasti menjemput manusia! Nabi Muhammad s.a.w sendiri sering menasihatkan para sahabat supaya sentiasa mengingati mati.
Sebelum penyesalan itu tiba, sebelum kesengsaraan panjang menghampiri maka bergegaslah menuju ampunan dan rahmat-NYA. Jangan sia-siakan waktu dan kesempatan yang hanya sementara ini agar selalu ingat pada-NYA, jalankan perintah dan jauhi larangan-NYA. Jangan biarkan kita dihisab oleh segala amal buruk kita. Semoga kita digolongkan kepada hamba yang diseru-NYA, dan semoga termasuk hamba yang mencintai dan dicintai oleh Rabb-NYA yang mengasihi kita.

Wallahu'alam...

Nota hujung jari : Ya Allah, aku pohon rahmatMu... "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab nerakaMu". Amiinn~

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket 

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Lawak : Kejutan Yang Terindah!


Aku baru kahwin & duduk dengan bini aku berdua saja. Aku nie ada tabiat suka makan telur rebus. Tak tau la kenapa, sedap agaknya. Sejak aku kahwin, tabiat tu jadi kurang sikit sebab bini aku masak sedap-sedap tapi dah lama jugak lah aku tak pekena telur rebus nie.

So, ceritanya bulan lepas balik dari kerja, kereta aku rosak, aku call bini aku dan cakap aku balik lambat sebab kena menapak. Dek kerana dah terlalu lapar sangat, masa otw tu, aku singgah kedai makan  dan ada telur rebus! Apalagi, tanpa membuang masa aku pon makan nasi dengan telur rebus lah dan order lagi  untuk buat ratah. Sebelum balik aku bungkus lak, buat makan smbil berjalan balik.  Kenyang yang  teramat sangat, maklumlah balas dendam sebab dah lama tak makan.

Buka je pintu rumah, bini aku cakap "Abg, ada 'surprise'..."Sambil sengih-sengih dia tutup mata aku  dan ikat dengan kain hitam lalu pimpin aku ke meja makan. Aku pun duduk, dia siap pesan jangan cuba-cuba nak buka ikatan. Aku terasa nak pergi toilet sebab perut dah start buat hal, tapi sebab malas nak 'spoil'kan 'surprise' bini. Aku pun tahan je la dulu.

Tetiba telefon bini aku berbunyi, dia angkat dan pergi jauh dari meja. Aku agak je lah, sampai ke dapur rasanya dia pergi. "Peluang nie!", aku pun kentut  je lah sebab dah dari tadi aku dok tahan kan.  Bau boleh tahan sebab makan banyak telur. Okay, lagi sekali...Aku pun angkat sebelah punggung dan lepas lagi satu das! PRUUTTT! Bau memang tak hengat, aku pun tak tahan...Lama pulak bini aku nie, aku tak sabar nak tahu surprise dia. Aku rasa nak kentut lagi...aku bangun, tonggeng dan PROOTT!! Fuhh legaaa. Bau macam bangkai...dekat 2,3 minit baru baunya hilang..adessss!

Pastu bini aku datang & mintak maaf sebab lambat, dia pun jerit 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY ABANG!!' Lupa pulak hari nie besday aku, dia suruh aku buka kain penutup mata, aku buka...mulut aku terus melopong seluasnya.

Selamat Ulangtahun Sayangggg....lalalalalaa~
 ALAMAK!!! Aku tengok merah padam muka bapak dan mak mertua aku, adik-adik ipar aku, duduk keliling meja makan. Bos dan jiran sebelah rumah aku pun ade?! Aku nak cover malu, aku pergi la tanya bapak mertua aku, "dah lama ke pak smpai?" Slamber je bapak mertua aku jawab, "dah lama, sebelum kentut pertama lagi!!"...

Waduh waduh, kok bisa jadi begitu...hahahaha!


♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers