Copy paste story, lets read!
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang
membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia
memang sering melakukan kesilapan..mungkin ada kesilapan yang dilakukan
boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada
kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai, menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan sesal selamanya...
Kisah Si Kecil Ita...
Suatu
hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah menzahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah
kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri,
lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang
itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli
dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja
ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.
Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah
melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu..!''Saya tak tahu Tuan..!
'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.
Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh..cantik kan?' katanya
menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul
pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin
setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah
melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih,
namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus
memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas
merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah
segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong
anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis
teresak-esak keduanya, di dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil
itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokan
harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu.
'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu
juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita
demam...' jawab pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si
ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap!' kata majikannya itu.
Sampai
waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan dia
dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad
pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada
pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak
itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren semakin
teruk.
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan
terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang
terbalik, tapi apalah yang dapat dikatakan lagi.
Si ibu meraung
merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si
bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar
dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak
menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya
berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya.
Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka
semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata...
'Abah..Mama..Ita
tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang
abah..sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal
menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya
memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya
itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang
melihat suasana itu tidak menangis. 'Abah..bagilah balik tangan Ita.
Buat apa ambil..Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana?
Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya
bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar
kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah
terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & amarah anda..." (,")(",)
Anak-anak yang lahir
diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya samada
menjadi insan yang baik atau sebaliknya. |