Wednesday, January 25, 2012

Kisah Teladan : Ayat Kursi Menjelang Tidur


Tidur yang sempurna memulihkan tenaga badan & merehatkan minda. *hee, comey kan dia tido?*

Alkisahnya....

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu berjaya ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.!" gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian dia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya caranya saja yang sedikit keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. 
Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" "Dia mengeluh Ya Rasulullah! Bahawa dia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa dia kasihan kepada pencuri itu, lalu dilepaskannya. "Bohong dia!" kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Padahal nanti malam dia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan benar juga, pencuri itu kembali lagi lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini dia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.!" ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan penuh kewaspadaan dan kepintaran. yang dimilikinya. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya kerana sudah dua kali dia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, dia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Dia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja dia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesusuk bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, dia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. "Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Akan tetapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat dapat difahaminya, bahawa kali ini dia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu…Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. 

Dan keesokan harinya, dia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa malam tadi. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Dia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu dia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu…Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan dia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Ayat Kursi :

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian." (HR ath-Thabrani no.7532 disahihkan oleh al-Albani)

Ayat Kursi Paling Agung dalam Al-Quran.
Terjemahan Ayat :

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Yang tidak mengantuk dan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (Surah Al-Baqarah : 255)

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Friday, January 20, 2012

Petua : Ketawa Baik Untuk Kesihatan??


Sudah menjadi adat dalam kehidupan, suka duka, ketawa dan menangis datang silih berganti. Ibarat siang dan malam. Tapi tahukah anda terdapat banyak kelebihan apabila kita ketawa. Ketawa merupakan penawar yang terbaik. Ini kerana apabila kita ketawa tubuh akan menghasilkan pelbagai reaksi dan bunyi. Ketawa juga meransang penyembuhan dengan merendahkan tekanan darah serta meningkatkan aliran darah.

Ala tomey-tomey...mmuachhhxxx!! *hugs & kisses*
Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata. Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita!

Antara kelebihan ketawa :   

Mengurangkan stress

Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV. 

Memperbaiki aliran dan tekanan darah

Minum MILO anda jadi sihat & kuat..!!
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman 

Comel tak kami? *mungkin itu yg ditanya oleh org utan itu*. I loikee the pink one! hahaha :p
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh

Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan

 
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial

 
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif

Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman 

Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

Antara fakta lain tentang ketawa:
  • Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal.
  • Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
  • 17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah.
  • Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
  • Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung.
  • Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori.
  • Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan.
  • Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk.
  • Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa.
  • Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.

Jom ketawa!

Ketawa sepuas-puasnya mengikut hukum yang ditetapkan oleh agama kita. Semoga hari-hari anda sentiasa dihiasi gelak ketawa yang istimewa ini...daaaa~

LIVE every moment. LAUGH every day. LOVE beyond words.

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Aku, Dia & FB - Cinta Muka Buku


Bila jari-jemari emasku menari...

Assalamualaikum readers & Salam 1 Malaysia...Salam Jumaat yang penuh barakah! Actually, idea tajuk entry nie datang bila acapkali dengar & tengok iklan promo AJL26 kat TV3 yang bila part Najwa Latif punya. Siap gesek gitar duduk dalam air lagi kan, almaklumlah temanya pon air nanti. Lagu2 lain tu tak bape nak terkesan pon. Adessss! Hahaha. For your info, AJL26 akan berlangsung pada 29 Jan 2012 (Ahad) ye kawan2...ahakss! *tolong promot*:p. Tapi sebelum tuh ade jugak dengar lagu nie masa iklan NONA (siaran 15/1/12) kat TV3 yg hosnya si cantik manis FAFAU (Fara Fauzana) & Neelofa tuh...kekeke. So dari masa tuh lagi idea nak menulis nie mencurah-curah ibarat coklat yang mencurah-curah ke ladang gandum tapi tak berkesempatan nak mengarang karangan SPM kat sini je. Itulah koko krunchhhhh!! *tetiba*.

Haha, ku tak tengok pon rancangan tuh...tapi seingatnya, salah satu topik yang diperkatakan utk siaran minggu itu berkaitan dengan perkenalan dua insan yang membawa kepada penyatuan dua hati, semuanya bermula dari ‘Muka Buku’ atau nama kampungnya Facebook! Hehehe...kiranya diorang nie bertemu jodoh dalam laman sosial yang sememangnya menjadi kegilaan ramai masa kini. Diorang berkenalan, berkawan, bercinta dan akhirnya berkahwin, semuanya melalui Facebook! Lalalalaa~ Dah jadi trend kan, semua orang mesti ada at least satu akaun FB nie...perghhh, power tol penangan dia! Setuju tak? Boleh buat orang sasau lah, kalau boleh setiap masa nak ngadap dia je...even now, sampai ke mana2 pon FB dibawa bersama sebabnya boleh online thru handset je kan! Hebat hebat...teknologi zaman sekarang. So NONA nie korek2 la kisah cinta selebriti yang tak kurang popularnya, hero ‘Sembilu’ tu laa...sape nama dia? Haa, Zed Zaidi lorr...How sweet both of them! Hihihi. So sedikit sebanyak this topic reminds me of something *malu nak cakap*. Okay lah, layannnn...zasstt!!

               
 
“Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu..
Oh hoo...hatiku rasa sesuatu..”

OpPsss...it’s singing time with a little cute girl *hihihi...sambil kenyit mata kanan*. (p/s: Cari sendiri lirik lagu Cinta Muka Buku kalau nak nyanyi lebih2..hahaha :p). By the way, i'm not a fan of Najwa Latif. But i loikkee her song b'coz it's easy to my ears. Anyway, thanx to those who have visiting me here and do read my previous ‘corat-coret’. Hope what i’m sharing in my blog would be beneficial and helping uols a bit in gaining some knowledges about certain things. InsyaAllah! I do promised myself, i will try my very best to give the bestest from me. Masih ada banyak kekurangan pada diriku, but i hope i can learn from what i’m sharing to improve myself. Yessss!! All the best for me yo~

Nie ku tempek lah walaupon satu je gamba Najwa Latif utk tatapan korang yg mungkin tak kenal lagi dgn dia...manis tu ade la kan? hehehe..
It’s been a while i’m not babbling in my blog. Haha! Time flies too quick, and life moves pretty fast. What a speedo! If u don’t stop look around once in a while, u could miss it. Everything is going by too fast! Yes, masa cepat berlari meninggalkan kita, not even a second awaits for us. Maybe, it’s also too fast to say sayonara to 2011. Sob sob sob! Hmmm, that’s mean banyak perkara yang belum selesai untuk tahun lalu, and surely nak kena sambung azam yang sama untuk tahun baru nie kan?

Hey guys! How’s your new year after all? Now we’re olredy on page 20 of 366 in 2012. Got any improvement or things turn out better than last year? What i knew, today Ally Iskandar & his wifey Farah Lee were getting married! Congrats to both of them. They’re look so sweet together. May Allah bless their married till Jannah, InsyaAllah! Hope u guys enjoy your life to the fullest, same goes to me too. Yeahh!! *lompat bintang setinggi yg mampu*. Owh ya, i think it’s not too late for me to greet u guys HAPPY NEW YEAR 2012! Have a blast and splendid day, have a great year ahead! Chill kay~ *wink*. Hihi, next week (23 & 24 Jan) our Chinese friends will celebrate Chinese New Year. So here, i would like to wish everyone a very Happy Chinese New Year. May the year of the Dragon bring lots of good health and wealth to all of them. Gong Xi Gong Xi...Gong Xi Fa Cai! We’re all Malaysian, rite? 1 Malaysia maa~ For those who are not celebrating, happy holiday!

Okay lah, too many kinda sweetbitter memories i’ve been through last 2011. I would like to say thank you, deep from the bottom of my small heart to everyone who helped me a lot and always be there for me and stay by my side when i need someone to share everything *mmuaaacchhxx*. You guys the best part of my 2011! Yeayyyy!! Hihihi...

William Shakespeare do said, “Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum, melainkan penuh duri dan pahit”. And the most important, in order to be loved by someone, you’ve gotta first be loved by yourself. Fikir-fikirkan..

Me thanking Allah everyday for my family, my health, my trials, my success, my tears, my laughter...everything which makes me and matures me *smile*. Ya Allah, may you bright my day and grant me strength to get by, looking forward this new year. Me hope for the good things to happen in everything i do, insyaAllah! (Manusia merancang dan Allah juga merancang, maka perancangan Allah sudah pasti lebih baik. Sesungguhnya hanya Allah sebaik-baik Perancang. Semoga HikmahNya mengiringi setiap urusan dalam hidupku. He knows what’s best for me).

Sesungguhnya kepadaNya saja tempat pergantungan kita. Kalau bukan kerana nikmat yang dihadiahkan kepada kita, for sure kita takkan mampu menggerakkan walaupun satu jari. So then, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kepadaNya. Peace in Allah’s love. Syukran Ya Rabb!

Here i go again, inilah hasilnya kalau jari jemari emasku mula menari-nari di atas keyboard dengan mengikut rentak & irama lagu! Didn’t know i was babbling that much. Hahaha...enough till now i guess. Nanti korang bosan pulak baca cerita ku yang tak seberapa nie...tak boleh lawan kot drama ‘Tentang Dhia’. Suka giler tengok Zikir dalam cerita tuh, ada macam SRK x?? *big smile*. Drama baru yang tengah tayang now, ‘Gemersik Kalbu’. Cerita nie pon boleh tahan bestnya, adaptasi dari novel ‘Gemersik Kalbu’. Ku tak pernah baca pon lagi novel dia, tapi agak sweet jugak la tengok si Sufian nak tackle Ana@Arini Eva. Giler punya obses! Kalau uols ade masa, boleh follow cerita nie kat TV3 every Mon-Thurs, jam 7-8 malam. *siap bagitau timing lagi tuh!* hehehe...

Tadaaa...inilah Hero & Heroin dlm Gemersik Kalbu! Ku tempek lah jugak gambar utk tatapan korang. (",)
" Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu... "

Nota hujung jari : Whatever it is...Yesterday is a memory, tomorrow is the unknown. Now is the knowing. Life must go on babeh! Daaaaaa~

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

[Qaseh Arissa in da house – Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Wednesday, January 18, 2012

Renungan : Perbualan Bayi Sebelum Kelahirannya


Mendapat cahaya mata dari benih/baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajipan mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

        
Subhanallah...Maha Besar Engkau Ya Allah Dzat yang Maha Menciptakan segalanya dengan sempurna.

Adalah dikisahkan…Pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata,

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah."
Tuhan menjawab : "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya."

Bayi bertanya lagi : "Tetapi disini, di dalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."
Tuhan menjawab : "Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana."

Bayi bertanya lagi : "Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?"
Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata."

Bayi bertanya lagi : "Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?"
Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu."

Bayi bertanya lagi : "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?"
Tuhan menjawab : "Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya."

Bayi bertanya lagi : "Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi."
Tuhan menjawab : "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu."

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan
: "Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?".
Tuhan menjawab : "Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibumu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya hartamu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat."

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu.  

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  • Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Sangat cantik & comel kan? Tidur pon pakai bunga kat atas kepala...Kawaiiii~
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Firman Allah SWT bermaksud : "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum-hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, " lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri ". Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang Maha Berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang Maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 

 Sumber

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Thursday, January 12, 2012

Fadhilat Hari Jumaat - Sayyidul Ayyam!


بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Entirely Gracious, the Ever Merciful

All praises be to Allah, the Lord of the worlds. Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another day to live as Muslims, with Iman and Islam strong in our hearts. Insha’Allah. Peace and blessings to our beloved Prophet محمد and his companions for teaching and spreading to us the religion of truth.

Salam Jumaat, Penghulu di segala hari yang penuh barakah...Lots of Love! ♥

 
"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari Jumaat dan hari Jumaat juga mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut :
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
  • ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.
  • Dari Abu Hurairah ra katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda : Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
  • Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.
  • Nabi Muhammad saw bersabda : Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
  • Nabi Muhammad s.a.w bersabda : Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Pada hari Jumaat juga, kaum Muslimin diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat di masjid-masjid berdekatan. Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu. Untuk mereka yang bercuti pada hari Jumaat, atau dapat datang awal ke masjid pada Jumaat, cubalah rebut fadhilat Surah al-Kahfi. Samada dibaca keseluruhannya 110 ayat, ataupun sebahagiannya sahaja.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda :

"Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi. " (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda :

"Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat. " (HR Ibnu Katsir)

p/s: Semoga bermanfaat...Me pon kalau takde aral, setiap pagi Jumaat selepas solat Suboh akan cuba meluangkan masa untuk membaca keseluruhan Surah al-Kahfi tersebut. Semoga diriku dapat istiqamah mengamalkannya, Amin...InsyaAllah! (",)
 
# Sketsa si pemalas...Jangan contohi diorang okengs! hehehe :p


Rasulullah bersabda : 

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. "

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. "

"Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. "

"Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.  "

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Wallahu'alam...

So ape lagi wahai kaum Adam, bersegeralah ke masjid untuk mengingati Allah apabila diserukan Azan untuk menunaikan Solat pada hari Jumaat. Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. 

Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Okay lah, maybe next time aku akan tulis entry untuk share ilmu tentang Solat Jumaat pulak..ok? hehehe ;)

Wassalam.. 

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers