Tuesday, February 28, 2012

Bercinta Kerana Allah

Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini.

Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.

Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.

Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah :

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar.

Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud :

"Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu."
FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud :
"Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu."
Rasulullah bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."
Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud :

"Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa." (az-Zukhruf : 67)


♥ Cintai Allah dulu kemudian barulah mencintai makhlukNya,
kerana cinta itu datang dariNya, untukNya dan denganNya ! ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Fakta Ringkas Tentang Badan Manusia


Hye, annyeong haseyo! Gwaenchanhnya?? I hope so...hikhik :)

Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia berdasarkan penyelidikan sains. Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai orang :


1. Setiap 1 jam, satu bilion (1,000,000,000) sel dalam tubuh harus diganti.

2. Mata manusia boleh membezakan 500 jenis warna kelabu.

3. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

4. Tulang paha manusia lebih kuat daripada konkrit.

5. Jantung manusia mencipta tekanan yang cukup untuk menyemburkan darah sejauh 30 kaki (9 m).

6. Saiz mata kita adalah sama sejak lahir, tetapi hidung dan telinga tidak pernah berhenti tumbuh hingga mati.

7. Secara purata, batuk keluar dari mulut pada kelajuan 60 batu (96.5 km) per jam.

8. Janggut adalah rambut yang tumbuh paling cepat pada tubuh manusia. Jika lelaki tidak pernah mencukur janggutnya, ia akan tumbuh hampir 30 kaki panjang dalam hidupnya.

9. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai bayi berusia sekitar enam hingga lapan minggu.

10. Setiap orang mempunyai corak lidah yang unik (berlainan setiap orang mcm cap jari).

11. Kelajuan bersin boleh melebihi kelajuan 100 mph (lebih kurang 160 kmj).

12. Sel-sel mati dalam badan akhirnya akan pergi kepada buah pinggang untuk dikeluarkan.

13. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum boleh menggunakan sebanyak 5-53 otot wajah.

14. Satu daripada 20 orang memiliki tulang rusuk tambahan.

15. Orang dengan kulit gelap tidak akan berkedut secepat orang dengan kulit yang lebih cerah.

16. Darah manusia bergerak sejauh 60,000 batu (96,540 km) setiap hari dalam tubuh manusia.

17. 85% daripada penduduk dunia boleh menggulung lidah mereka.

18. Makanan perlukan tujuh saat untuk pergi dari mulut ke perut melalui kerongkong.

19. Jantung perempuan berdegup lebih cepat daripada lelaki.

20. Dalam satu hari jantung kita berdegup sebanyak 100,000 kali.

21. Rambut terhasil daripada bahan yang sama seperti kuku.

22. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tu kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus...bukan sebut pardon me or excuse me!)

23. Bayi lahir tanpa tempurung lutut hinggalah ia berusia 2-6 tahun.

24. Perut memerlukan 1 jam untuk menghadam susu lembu.

25. Jika anda buta sebelah mata, anda hanya kehilangan 1/5 penglihatan, tetapi anda akan hilang langsung kebolehan untuk mengukur jarak.

26. Purata setiap tahun manusia mengerlipkan mata sebanyak 6,205,000 (tak termasuk korang saja-saja kerlip nak ngorat, hehehe)

27. 80% tubuh manusia adalah air.

28. Korang dilahirkan dengan 300 tulang tetapi cuma tinggal 206 tulang bila dewasa.

29. Jika dicampur, panjang urat dalam seseorang manusia ialah 72 km.

30. 15 bilion sel darah manusia musnah setiap saat.

31. Luas kulit manusia ialah 6.5 kaki persegi.

32. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer.

33. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

34. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

35. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

36. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

37. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

38. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu
kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

39. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

40. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

41. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

42. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

43. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

44. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

45. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

46. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

47. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini
bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

48. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

49. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

Nota hujung jari : Pada tubuh badan kita sendiri terdapat tanda-tanda kebesaran Maha Pencipta. Subhanallah!

Subhanallah! Allah knows what was, what is, what will be, what wasn't,
and if it was how it would have been. Allah knows everything!

Photobucket[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Thursday, February 23, 2012

Kelebihan Membaca Surah Yasin


Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam Al-Quran merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.



Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Bacalah surah Yaasin kerana ia mengandungi keberkatan." Iaitu :

1. Apabila orang lapar membaca surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali."

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi :

"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya."

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya :

"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".

Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada Al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

[18SX] : 7 Bahagian Isteri Yang Mudah Teransang


Salam kasih sayang semua...!! Nampaknya hati kecilku nak bertukar angin lah pulak. Oopss!! Tapi bukan nak bertukar pasangan yer...hoho, jangan salah faham tau. Okay lah, jika selalunya entri tentang keagamaan, perkahwinan, percintaan, dan fakta akan mewarnai blog Qaseh Arissa kan?

Tapi kali ini, untuk sekian kalinya Cik Arissa nak berkongsi beberapa perkara yang berkaitan dengan hal di ranjang. Oopss! Nie untuk pasangan yang dah berkahwin je okay? hehehe *smile*


Setiap pasangan yang berkahwin inginkan rumahtangga yang romantik, nakal dan kehidupan seks yang lebih hangat. Pasti anda mahu menikmati sensasi yang lebih luar biasa bukan? Menambahkan keseronokan dan kenakalan di dalam kamar anda mampu mengeratkan kembali hubungan anda dan pasangan anda. Dengan ini kehidupan rumahtangga anda akan lebih kukuh dan bermakna!

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial..”
(Dr. Narayana Reddy - Ahli Seksologi India)

Sebenarnya, dalam soal hubungan kelamin ini kerjasama suami dan isteri memainkan peranan penting untuk mencapai kepuasan seks. Tidak kira posisi macam mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama kedua-dua belah pihak ketika bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin. Oleh itu, pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberikan kerjasama amat diperlukan.

Berikut adalah beberapa bahagian isteri yang boleh dijadikan panduan oleh si suami untuk merangsangnya ketika bersetubuh :

.:: PAYUDARA ::.

Payudara sudah pasti antara bahagian yang perlu diransang ketika melakukan hubungan seks. Bahagian ini sangat sensitif pada sentuhan dan ransangan. Tip untuk merangsang bahagian ini adalah meramasnya dengan lembut tetapi tegas. Ada keadaanya, meraba dan meramas payudara isteri perlu dilakukan dengan kuat pada sebelah kanan dan lembut pada sebelah kiri. Untuk merangsang isteri, pastikan ia tidak meyakitkan dengan melihat reaksinya atau bertanyakan kepadanya.

.:: BIBIR ::.

Bahagian kedua adalah bahagian bibir isteri anda. Bahagian ini jika anda cium dengan cara yang betul boleh datangkan inzal pada isteri anda. Pastikan anda hanya mengucup isteri hanya sekali saja bagi membuka tirai ciuman dan biarkan isteri melakukan seterusnya kemudian anda perlu ikut alunannya. Meransgang isteri pada bahagian bibir lebih cepat memberikan impak disusuli dengan rabaan pada payudara atau vagina isteri.

.:: KETIAK
::.

Bahagian seterusnya adalah bahagian ketiak.Walaupun bahagian ini agak ganjil, namun ada wanita yang sangat teransang jika anda mencium dan menjilat bahagian ini. Dari bahagian tersebut anda perlu susuri hingga ke bahagian leher (ke atas) atau terus kebahagian pusat dan vagina (ke bawah). Sesetengah wanita akan lebih mudah teransang pada bahagia leher. Oleh itu anda sebagai suami perlu mencuba menyelusuri arah untuk mengetahui dan merangsang isteri dengan lebih berkesan.

.:: KAKI ::.


Kaki isteri adalah antara bahagian yang sangat sensitif. Ketika anda sedang cium bibir isteri anda, anda rangsang kaki isteri anda dengan menggeserkan bahagian tersebut dengan kaki anda sendiri. Anda juga boleh cium dan menggunakan lidah pada bahagian kaki isteri anda. Selain itu, urutan pada bahagian ini juga boleh menaikkan nafsu isteri anda. Merangsang isteri anda melalui bahagian kaki akan memberikan kedaan relaks kepadanya.

.:: IBU JARI KAKI
::.

Bahagian kelima adalah ibu jari kaki isteri anda. Ingat, jika anda kurang senang atau merasa geli untuk ransang bahagian ini, anda lakukan selepas isteri anda mandi. Bahagian ibu jari mempunyai deria yang amat sensitif dan sedikit sebanyak memberi kejutan awal bagi merangsang isteri. Setelah itu juga anda boleh beralih arah ke bahagian atas tubuh isteri untuk melakukan ransangan seperti bahagian-bahagian yang dinyatakan diatas.

.:: PUNGGUNG ::.

Bahagian keenam adalah punggung isteri anda. Ramasan yang mencengkam pasti akan menaikkan nafsu isteri anda. Tips untuk anda, ketika mencium isteri sambil berpelukan, lakukan rabaan halus kemudian disusuli dengan ramasan yang kuat tapi pastikan tidak hingga menyakitkan isteri. Hal ini akan membuakan nafsu isteri melonjak sekaligus merangsang isteri. Lakukannya berulang kali sehingga isteri anda mula mencengkam dengan kedua-dua kakinya pada tubuh anda.

.:: PERUT ::.

Bahagian terakhir adalah bahagian perut isteri anda. Sensasi pada bahagian pusat adalah di mana membuat isteri anda berasa ceria apabila anda mencium pada bahagian itu. Hal ini kerana, ia adalah simbol keceriaan dan kasih sayang. Reaksi isteri akan lebih kepada ransangan kasih sayang dan penghargaan kepadanya. Kemudian alihkan ke tepi pada bahagian pinggan, atau bahagian bawah, iaitu vagina ataupun bahagian atas tubuh isteri anda.

Ketujuh-tujuh bahagian di atas adalah bahagian jika diransang boleh menaikkan nafsu isteri anda. Vagina adalah bahagian utama yang sensitif. Namun, ketujuh-tujuh bahagian di atas penting untuk menambah perisa dalam hubungan seks suami isteri anda. Merangsang isteri perlulah dilakukan dengan kasih sayang. Untuk melakukannya, pastikan persiapan dibuat dengan rapi seperti membersihkan diri dan memakai wangian haruman bagi menaikan mood bagi merangsang isteri anda dengan cara terbaik.

Selamat mencuba..! Hari nie Khamis malam Jumaat kan? Ape lagi, cargasssss!! hikhikhik :p

If u think it is, it will remain until the end of your life. 
Life is not hard. Only us make it hard.


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Monday, February 20, 2012

Nada Dering 'Handphone' Boleh Lemahkan Otak??


Sekumpulan penyelidik berkata penyelesaian masalah atau mengingati sesuatu perkara menjadi lebih mudah dilakukan, jika telefon bimbit dalam keadaan senyap kerana nada dering terutama lagu yang menarik boleh mengurangkan keupayaan kuasa otak.


Saintis di Universiti Washington, di St. Louis mendapati sekumpulan pelajar mendapat markah lebih 25 peratus kurang dalam ujian apabila didedahkan dengan nada dering telefon bimbit. Keputusan terburuk itu ditunjukkan selepas mendengar lagu yang diketahui atau disukai mereka.

"Kebanyakan kita beranggapan, deringan telefon bimbit di tempat awam adalah satu gangguan yang tidak disukai, tetapi kajian ini mengesahkan gangguan bunyi itu juga memberi kesan dalam hidup," kata Jill Shelton.

Kajian termasuk eksperimen dijalankan Shelton menggunakan sekumpulan pelajar di dalam kelas syarahan psikologi yang padat di Universiti Louisiana, dan mereka dibenarkan membiarkan telefon bimbit di dalam beg berdering secara berterusan dengan kuat selama 30 saat.

Hasil ujian mendapati, pelajar yang terdedah kepada deringan telefon bimbit mendapat markah 25 peratus lebih rendah berbanding sebelum gangguan itu. Pelajar yang diuji sukar mengingati semula kandungan kursus yang dibentangkan ketika gangguan, walaupun maklumat yang sama disampaikan profesor sebelum deringan telefon termasuk dalam teks melalui slaid sepanjang gangguan.

Pelajar mendapat markah lebih teruk apabila Shelton menambahkan gangguan, kerana panik mencari telefon di dalam beg sebagai cubaan untuk menghentikan deringan berkenaan.

Pada peringkat eksperimen ini, pelajar di sebuah makmal diuji dengan ujian pengenalan perkataan mudah ketika didedahkan dengan gangguan bunyi seperti nada tidak relevan, deringan telefon bimbit standard dan sebahagian lagu yang biasa di kalangan pelajar terbabit.


Lagu dalam versi instrumental sebuah gubahan lagu bagi menyokong pasukan American Football University itu dimainkan sekejap-sekejap. Lagu itu juga menjadi satu deringan telefon bimbit yang popular.

"Apabila kami memainkan lagu semangat itu dalam ujian makmal, faktor gangguan bertahan lebih lama. Ia memperlahankan prestasi membuat pilihan mereka untuk tempoh lebih lama berbanding ketika deringan telefon bimbit biasa. Bergantung bagaimana kebiasaan seseorang terhadap lagu itu, ia boleh memberikan kesan lebih buruk terhadap keupayaan kognitif mereka," kata Shelton.

Kajian itu menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai yang cuba memberi perhatian ketika mereka diganggu dengan bunyi deringan daripada e-mel atau mesej teks.

Sumber

Nota hujung jari : So, elakkan dengar lagu waktu sedang belajar. Nak pulak kalau masa tu perlu menghafal nota-nota penting, especially bila nak menghadapi exam. hehehe!


You make your own day...You design your day.
With colourful or with painful...It's all your choice!! 

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Fikir Sejenak : Adakah Kita Telah 'Share' Dosa Bersama-sama??


Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan ini gambar anda.


Kemudian, anda letak di Facebook.


Ada 134 orang yang 'Like'. Ehh, tu belum termasuk yang tengok gambar tu tapi tak tekan 'Like', sekadar tengok je. Katakanlah jumlah orang yang tengok tu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Okay. Mari kita mulakan kiraan.

Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita tu ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita. Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, makanya,

100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) ——— (A)

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh tengok termasuk mereka yang bukan friends. Gambar kita comel, tertarik dan menarik pula. Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa ——– (B)

(A) + (B) = 30 000 300 —— (C)

Baiklah. Mari kita teruskan.

Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kepada kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.) Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang nie) ada.

Ultraman Taro : 783 friends
Pikachu : 1339 friends
Keluang Man : 1565 friends
Doraemon Suka Dorayaki : 953 friends
Hang Tuah : 3210 friends
Donald Duck : 678 friends
Spongebob Seluar Kuning : 2144 friends
Tasmania : 653 friends
Vampire Hisap Darah : 1922 friends
Harry Potter : 2831 friends
Kerengga : 2101 friends
Kambenk : 1217 friends

Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)

Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta —— (D)

Ingat, nie semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar. Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta

Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan. Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah (baca : belum bernikah) masing-masing. Perghh..tu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di’share‘ oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu. Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.

Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akau media sosial kita yang lain – Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.

Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira lah kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?

* Cik wanita, it's time to wake up!
* Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di FB.
* Ehh, sekejap. Entri nie bukan untuk wanita sahaja okay!
* Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
* 523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
* Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.

Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Selamat men'delete' gambar. (",)


Nota hujung jari : Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim...Kau bukakanlah pintu hati kami dan Kau teguhkanlah iman kami untuk bermujahadah ke jalan kebaikan yang diredhaiMu...Aminn~

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers