Thursday, January 12, 2012

30 Larangan Untuk Kaum Wanita


Rasulullah s.a.w bersabda :  

الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ

"Dunia adalah kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri solehah. " [Hadis Shahih dikeluarkan oleh Muslim (1467) dan Ibnu Majah (1855)].

Rasulullah s.a.w bersabda :

خَيْرُ النِّسَاءِ : مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ, وَتُطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتحَفَظُ غيبتكَ فِي
نَفْسِهَا وَمَالِكَ
 
"Sebaik-baik wanita adalah yang membahagiakanmu tatkala kamu memandangnya dan mentaatimu tatkala kamu memerintahkannya serta menjaga harga dirinya dan hartamu tatkala kamu tidak ada. "

Bila kita renungkan tiga sifat yang ada dalam hadis tadi maka kita akan dapati bahawa itu semua sifat terbaik yang diidamkan oleh setiap orang lelaki. Inilah sifat pertama kali yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w agar tiap-tiap perempuan yang beriman dan bertaqwa bisa menggapai kebahagiaan rumah tangga. Inilah sifat yang dapat mengantarkan seorang perempuan muslimah ke dalam kehangatan cinta suaminya dan kebahagiaannya.
 
30 Larangan Untuk Wanita Solehah

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lalaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

19 Hadis Rasulullah S.A.W Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Wallahua'lam...

 
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Baju Cinta : Rahsia Isteri Melayan Suami



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin... *hehe, masih dalam mood honeymoon la tuh...ahakss! ;p*

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut berok kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu dalam keadaan tanpa seurat benang pon pada badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata "Saya sedang menunggu suami saya pulang dari kerja nie nek!".

"Yang kau terlanjang tu nape??!!". Marah si nenek. 

"Inilah BAJU CINTA saya". Balas si cucu perempuannya.

"BAJU CINTA??" Si nenek kehairanan. 

"Ya, suami saya sangat menyukainya, dan saya juga begitu senang memakainya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti merasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek". Pinta si cucu perempuannya. Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya, mungkin itu cara baru si isteri melayan sang suami. *hihihi...senyum gatal* 

Di dalam perjalanan pulang, si nenek mendapat satu idea. Pada fikirannya, dengan mengikut cara cucu perempuannya pasti dia dapat menarik perhatian & mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan pakaiannya, mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi-wanginya. *haacchummm! hehehe..terlebih wangi sangat* 

Kemudiannya si nenek tadi pon menunggu si atok pulang. Beberapa ketika kemudian si atok pon pulang. *nenek dah mula excited*

Sebaik saja pintu dibuka, si atok mendapati si nenek berbogel di depan pintu...

"Awat hang nie, dah buang tebiat ka??". Marah si atok tadi.

"Inilah BAJU CINTA saya bang!". Kata si nenek tadi.

"BAJU CINTA??". Kot iye pon...IRON lah dulu baju tuh! Nampak sangat kedutnyee...

Wakakakakakaa...Super LOL!  Begitulah kisah baju cinta nenek..

Happily Ever After - Romantik itu Sunnah Nabi s.a.w
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Amalan Romantik Suami Isteri (^_^)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.. *hugs*

In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Compassionate. Ya Allah may you bright my day and grant me strength to get by. Amin..

Entry kali ini adalah khusus untuk saudara-saudari kita yang telah berkahwin bagi menghangatkan lagi suasana romantik dan kasih sayang serta mengamalkan adab dan tatatertib yang dianjurkan oleh islam semasa bersama pasangan yang dicintai untuk mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah Taala. 

Suasana romantik dan penuh kasih sayang merupakan idaman setiap pasangan suami isteri. Suami memerlukan seorang isteri yang pandai untuk menjaga hatinya dan menghiburkannya di kala kesepian, begitu juga si isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat untuk berlindung dan menagih kasih sayang dan cinta yang sejati. Kedatangan Islam membawa rahmat kepada umat manusia. Utusan terakhir, Rasulullah s.a.w merupakan di antara orang yang sangat romantik bersama isterinya. Hal ini terbukti berdasarkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di dalam satu hadis dari Ai’syah r.anha :  

(Saya pernah mandi bersama Rasulullah s.a.w dari satu bekas air yang terletak di antara saya dan Baginda s.a.w, tangan kami berebut-rebut untuk menceduk air yang ada di dalamnya, maka Rasulullah s.a.w menang dalam perebutan ini lalu saya berkata: "Tinggalkan saki baki untuk saya,tinggalkan saki baki untuk saya", sedangkan pada waktu itu kami sedang berjunub).

Berdasarkan kefahaman hadis di atas, suami isteri dibolehkan untuk mandi bersama walaupun dalam keadaan aurat terbuka dan saling melihatnya. Betapa indahnya Islam, hubungan romantik sangat dituntut dan hendaklah sentiasa dipupuk untuk kebahagiaan rumahtangga. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk kita.

Hehehe...okay, kat sini kite nak share dengan semua tips kebahagiaan rumahtangga. *walaupun diri ini belum berkahwin* eceehhh...coming soon, doakan yang terbaik untuk kite jugak kay! *mmuachhxx*

 
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumahtangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumahtangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka-teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus-terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan malam bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama. Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!

20. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 

"Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang paling baik kepada isterinya. Dan wanita yang paling baik dari umatku adalah wanita yang paling baik bagi suaminya. Bagi isteri yang baik pada suaminya tiap hari akan mendapat SERIBU syahid (karena ikhlas dan sabarnya). Wanita yang paling baik adalah wanita yang membahagiakan suami dalam segala hal yang diinginkannya, selain bermaksiat kepada ALLAH."

"Lelaki yang paling baik dari umatku adalah lelaki yang bersifat lembut pada isterinya. Setiap hari Suami yang baik kepada isterinya akan mendapat SERATUS SYAHID (karena ikhlas dan sabarnya)." Dengan hairan Umar bin al-Khatab as bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapa wanita dapat pahala SERIBU, sedang lelaki hanya SERATUS?".

Nabi S.A.W menjawab, "Wahai Umar! Pahala dan keutamaan isteri lebih besar dari suaminya, kerana ALLAH S.W.T mengangkat darjat lelaki di dalam Syurga beberapa darjat dikeranakan redha dan doa isteri kepada suaminya. Namun ketahuilah bahawa dosa terbesar setelah syirik kepada ALLAH adalah menderhakai suami. Dan takutlah kalian kepada ALLAH terhadap DUA ORANG LEMAH, yakni ANAK YATIM dan ISTERI.

Barang siapa yang berlaku baik kepada keduanya/lemah lembut, bererti ia telah menggapai redha ALLAH. Dan barang siapa yang berlaku buruk kepada keduanya, maka ia berhak mendapat murkaNya.

"Hak isteri atas suaminya adalah seperti hakKU atas kalian. Barang siapa yang menyia-nyiakan hak ALLAH, maka ia akan kembali dengan mendapat murka ALLAH SWT dan tempat kembalinya adalah tempat yang paling buruk, yaitu Neraka Jahanam!".

Dari Abu Hurairah r.a. berkata :

Rasulullah SAW bersabda : "Orang mu’min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap para isterinya.” (HR Tirmidzi) 

Okay, sekian saja tips dari kite..Sharing is caring, caring is loving, loving is CHENTA !

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Tuesday, January 10, 2012

Mahalnya Seorang Wanita...Subhanallah!! ^-^


Perempuan begitu penting dalam kehidupan seorang lelaki.

Jika tidak, Allah s.w.t tidak akan menjadikan Siti Hawa a.s dari tulang rusuk Nabi Adam a.s sendiri untuk memenuhi rasa sunyinya yang keseorang didalam syurga.

Perempuan begitu bererti bagi seorang lelaki, kerana tanpa perempuan:

1. hidup seorang lelaki tidak akan sempurna.
2. tidak akan bertambah zuriat di muka bumi.
3. tidak akan bergelar seorang suami.
4. tidak akan menjadi pemimpin dalam rumahtangga.
5. tiada teman untuk bergurau senda.

Kejadian perempuan adalah lemah kerana dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Ini menyebabkan ada kalanya ia sukar dibentuk kecuali dengan hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi oleh lelaki yang dapat membimbingnya ke arah kebaikan.

Perempuan tidak boleh :

1. menjadi wali
2. menjadi rasul atau nabi
3. memberi talak

Tetapi dua per tiga daripada perempuan menjadi penghuni neraka. 

Keadilan Allah kepada perempuan :

1. Kelonggaran dalam soal-soal ibadah kerana kedatangan haid dan nifas.
2. Tidak perlu berjemaah di masjid atau di surau.
3. Tidak wajib menunaikan solat Jumaat.
4. Tidak disentuh api neraka, jika ikhlas berkhidmat untuk suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan suaminya.

Banyak lagi kebaikan dan keistimewaan yang Allah beri kepada perempuan yang tidak diberi kepada lelaki, ini membuktikan betapa kasihnya Allah swt kepada hambanya yang bergelar perempuan, wanita, gadis, isteri, ibu atau nenek ini.

KEDUDUKAN DAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Allah telah menetapkan kedudukan perempuan adalah di belakang lelaki sebagaimana firmanNya dalam Surah an-Nisaa', ayat 34 yang bermaksud :

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu wanita solehah ialah yang taat kepada Allah dan memelihara diri ketika ketiadaan suami sebagaimana yang Allah tetapkan. "

Namun tidak bermakna perempuan hanya menjadi pak turut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian, pegangan, pendapat atau lain-lain.

Jauh tersembunyi, perempuan sebenarnya dianugerahkan dengan kuasa pengaruh yang jika digunakan dengan tepat, lelaki bersedia menurut kehendaknya dan memberi segala haknya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmannya, surah Ali-Imran, ayat 14 yang bermaksud :

"Dihiasi dunia itu (pada pandangan manusia) dengan kecintaan kepada perempuan. "

Sabda Rasulullah saw tentang besarnya peranan perempuan ini ialah :

"Perempuan itu tiang negara, jika baik perempuan di sesuatu negara itu, maka baiklah negara itu, begitulah sebaliknya. "

KUASA PUJUKAN PEREMPUAN

Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :

1. Napoleon Bonarparte dan Josephine
2. Anthony dan Cleopatra
3. Hitler dan Matahari
4. Samson dan Delila
5. Abu Lahab dan Hendon

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :

1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain
2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah
3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar
4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.

KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar.

Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.

KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul. " Orang bertanya :  "Kenapa ya Rasulllah? " Jawab baginda :  "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia. "

KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya). "

KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan, wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.
Maka berdoalah kamu..

"Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. " 

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

PANDUAN UMUM AL-QURAN & AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama. Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkan kedudukan wanita. Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.

KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki. Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.

TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM
1)Tanggungjawab sebagai hamba Allah
2)Tanggungjawab sebagai isteri
3)Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga
4)Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang.

(Credits to Menang atau Syahid Haura')

*Kepada wanita2 yg baca note nie, selamat menjadi seindah-indah hiasan dunia iaitu wanita solehah.. Sama2lah kita berusaha ke arahnya, insya'Allah! ^-^

Fikir2kan dan Selamat beramal ~ (",)

 

 ♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Friday, January 6, 2012

Just For Laugh...LOL!!


Tergelak aku sensorang bila baca RESUME nih...sengal tahap gaban punya amoi...dapat kat aku, mau kena tepek laju2...hahahaha!

Name: Ah Moi
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Toshiba
IC Number: 1651989016084
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 0108690065
Address: Penang
City: Nur Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 3rd
Country: I love to travel to Korea
Marriage status: Secret
Email Address: Yahoo
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Papa
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mama
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my papa mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?
 
Baby nie xde kena mengena pon, tapi dia sangat chumel kan? *mmuachxx*

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

♥ Bertemu adalah KESEMPATAN & Mencintai adalah PILIHAN ♥

بسم الله الرحمن الرحيم
In the name of Allah, the Entirely Gracious, the Ever Merciful

All praises be to Allah, the Lord of the worlds. Alhamdulillah, thank you Allah for giving us another day to live as Muslims, with Iman and Islam strong in our hearts. Insha’Allah. Peace and blessings to our beloved Prophet محمد and his companions for teaching and spreading to us the religion of truth.

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik..
Itu bukan pilihan, itu KESEMPATAN..

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, bahkan dengan segala kekurangannya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi, justeru di saat kita menyedari bahawa masih ramai orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasangan kita, dan tetap memilih untuk mencintainya..
Itu bukan kesempatan, itu adalah PILIHAN..

Perasaan cinta, simpatik, tertarik, datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup kita..
Tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Tuhan dan manusia adalah PILIHAN..

Mungkin KESEMPATAN mempertemukan pasangan jiwa kita dengan kita..
Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita, adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan dan manusia..

Kita berada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang Sempurna untuk dicintai...Tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang Belum Sempurna dengan cara yang Sempurna..

Mari BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang Belum SEMPURNA dengan cara yang SEMPURNA..
Karena pasangan kita adalah belahan jiwa kita...Agar jiwa kita pun menjadi SEMPURNA di hadapan Tuhan..
Takdir yang mempertemukan. Rancangan yang indah telah disiapkan oleh-Nya..

Rasulullah saw juga bersabda yg diriwayatkan dari Rabbnya;
"Aku berikan cintaKu kepada orang-orang yang bercinta kerana Aku, orang-orang yang saling bertemu dalam majlis kerana Aku, dan orang-orang yang saling memberi kerana Aku." 
(HR Malik:1.735)
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di dada kita itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaan itu.

Nota hujung jari : The couples that are meant to be are the ones who go through everything that's designed to tear them apart come out even stronger.

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥


[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers