Tuesday, April 1, 2014

.:: Amalan Romantik Dalam Rumahtangga ::.


Sharing dari Ustaz Ebit Lew~ 

:: Orang yang paling romantik ialah Baginda saw..

Jom mulakan dengan pegang tangan pasangan kita. Berpegangan tangan menyebabkan dosa berguguran. Indahnya pegang tangan pasangan mereka yang halal kita pegang. Sebelum pergi atau balik kerja kita pegang tangan pasangan kita. Rahmat keatas mereka yang buat perkara yang halal. Tengah duduk-duduk pegang tangan mereka..

Lihat mata mereka dengan perasaan kasih sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pasangan saya. Melihat mereka dengan perasaan syukur pada Allah. Lihat bila mereka mula berkata-kata. Beri perhatian sepenuhnya. Lihat dan cari kecantikannya dan kebaikannya. Bila Syukur Allah akan tambahkan nikmat..

Bila mereka mula bercakap beri perhatian sepenuhnya dan jangan potong mereka bercakap. Cuba memahami perasaan mereka..

Lidah kita sentiasa memanggil mereka dengan panggilan yang mereka paling suka walaupun tengah marah. Sayang abang yang cantik, menawan, manis, baik hati, solehah, lemah lembut, terima kasih kerana sudi jadi isteri saya. Saya sangat sayang awak kerana Allah..

Dukung sekali-sekala seperti Nabi s.a.w dukung Aisyah. Kenakan pipi dengan penuh sayang dan manja..

Mandi sekali dan bergurau ketika mandi bersama. Nabi s.a.w pernah mandi bersama isterinya..

Bukakan pintu dan pegang tangan isteri ketika naik dan turun kereta atau semasa ke pasar..

Makan berjemaah dan sekali-sekala suapkan satu sama lain. Minum di tempat yang sama pada bekas..

Selalu kata salah saya...minta maaf dan memaafkan. Tidak hina kerana mengaku salah..

Tahajjud bersama-sama. Menangis kerana Allah bersama-sama. Belajar ilmu bersama-sama. Berdakwah bersama-sama. Hidupkan rumah dengan Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w..

Seorang memasak, seorang sibuk tolong basuh pinggan. Makan dengan menikmati makanan menggembirakan orang yang memasak..

Seorang basuh baju, seorang tolong angkat baju..

Seorang siram bunga, seorang betulkan pasu dan sekali-sekala betulkan isteri..

Seorang marah, seorang diam dan minta maaf. Seorang menangis, seorang sediakan bahu untuk tempat menangis..

Bila sempit dan masalah besar dalam hidup katakan, jangan risau sayang, kita ada Allah. Sebesar mana pun masalah kita, Allah tidak pernah meninggalkan kita. Dari sebelum sehingga ia terjadi dan selamanya dia tidak pernah meninggalkan kita. Cuma kita perlu kembali pada Allah, hanya Allah yang berkuasa. Selain daripadanya tidak boleh beri kebaikan..

Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Nabi s.a.w. Tidak pernah akan kecewa sebuah keluarga yang bawa sunnah Nabi s.a.w..
Tiada yang boleh bagi bahagia selain dari Allah. Allah janjikan kebahagiaan yang hakiki hanya dalam agama..

Maksud perkahwinan yang sebenarnya ialah membawa kita semua semakin mencintai Allah selamanya. Bawa seluruh keluarga kembali pada Allah. Hanya Allah yang tahu betapa nikmatnya bila sebuah keluarga bersama-sama menghidupkan Islam. Tiada wang ringgit atau sebanyak mana pun harta yang dimiliki tidak dapat ganti kebahagiaan keluarga ini. Bahagia tanpa syarat...Tiada siapa boleh hancurkan bahagia ini. Kerana ini bahagia yang sebenarnya. Allah hadiahkan kepada mereka yang benar-benar membawa kehidupan Nabi s.a.w..

 Rumahtangga itu syurga dunia jika kau bijak
mencipta kebahagiaannya,
sebaliknya ia lubang neraka jika sikapmu 
menyebabkan kau terbeban melaluinya.

[Qaseh Arissa in da house - Pisyo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

"Abah...bagilah balik tangan Ita!" tskk...tskkk..tskkk...


Copy paste story, lets read!

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan..mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai, menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan sesal selamanya...

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah menzahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu..!''Saya tak tahu Tuan..!

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh..cantik kan?' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, di dalam bilik. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam...' jawab pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap!' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan dia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren semakin teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah yang dapat dikatakan lagi.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah..Mama..Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis. 'Abah..bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & amarah anda..." (,")(",)

Anak-anak yang lahir diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya  samada menjadi insan yang baik atau sebaliknya.


[Qaseh Arissa in da house - Pisyo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers