Wednesday, December 28, 2011

Kegilaan Jaringan Laman Sosial - Trend Masa Kini


Hakikatnya, kuasa internet memang tak dapat dinafikan. Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan.

Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Selain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Ia memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. Urusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.

Walau bagaimanapun, internet juga memudaratkan manusia jika disalahgunakan. Kemudahan ini boleh digunakan untuk menceroboh dan mengganggu seperti `hacking’ yang kini banyak berlaku. Laman-laman web kerajaan mudah diceroboh untuk tujuan mengganggu. Keselamatan negara juga sukar dikawal kerana segalanya dihubungkan melalui rangkaian antarabangsa. Selain itu, virus komputer yang menjadi bahan bualan sejak kebelakangan ini juga disebarkan melalui internet. Kini, banyak virus komputer yang dicipta boleh mengakibatkan data-data dalam komputer hilang dan ada juga virus yang mengakibatkan kerosakan komputer.

Kesimpulannya, internet mempunyai banyak kebaikan dan keburukan. Para pengguna perlu memahami kegunaan internet dan memastikan ia digunakan untuk kebaikan sahaja. Kawalan dan pengawasan ibu bapa dan guru adalah penting agar generasi muda memanfaatkan internet demi melahirkan masyarakat berilmu di negara ini.



Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini dan kemunculan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ dan sebagainya telah menjadi satu fenomena di kalangan masyarakat dunia umumnya.  Dan terbaru,  aku ade terbaca sebuah laman sosial pertama Malaysia telah diperkenalkan iaitu MFace. Pengerusinya Datuk AC Mizal, peace yall! Nak tau lebih lanjut pasal MFace (Malaysia Face) boleh klik SINI. Pendek kata, dari yang kecik sehinggalah yang dewasa semuanya ada laman sosial masing-masing. Budak kecik pon dah pandai surf internet, bukak itu bukak ini. Jangan terkejut kalau aku kata baby yang baru lahir atau yang masih dalam rahim ibunya pon dah ada Facebook tau...percaya tak? Belum kenal dunia tapi dah ade akaun sendiri, adessss! hehehe...siyes, aku pernah tengok! *seorang kenalan dlm FB jugak* hehehe...haaa kan? Percayalaahhh *nyanyi lagu Cik Iti* kuang3 ~

Okay, nie ade benda menarik aku nak share dengan korang semua...baca jangan tak baca hokeh! hahaha :p 

SKETSA IT...haha! Toqq, ape celoppp??

YOUTUBE : Aku ada semua benda yang orang nak tengok. 

WIKIPIDEA : Aku tahu semuanya. 

FACEBOOK : Aku pula kenal semua orang. 

FRIENDSTER : A'aah, semua kenalan aku kau curi! 

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook! 

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau.. 

TAGGED : Aku boleh buat orang kenal sesama sendiri, couple, chat, dan macam2 lagi lah. 

SKYPE : Aku boleh bagi orang IM sambil tengok muka. 

GOOGLE : DIAMMMM!! Aku ada semua benda yang orang nak cari. 

MOZILLA : Eh...eh, tanpa aku korang tak boleh diakses. 

IE : Wei Mozilla, sendiri mau ingat haa...gua kan ada! 

MOZILLA : Lu ape hal? kacau line orang jer! 

INTERNET : Sudah!!! Jangan nak gaduh-gaduh! Kalau aku takde, korang lagi la takde..! Power tak aku nie?  *lagak mendabik dada* 

FACEBOOK : Hmmm, akulah yang paling dikunjungi ramai. Jadi gua yang terbaekkkk..!! 

YAHOO : Facebook, jangan nak riyak sangat lah. Kalau aku takde, mana boleh buat email! 

GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak! *angkat kening* 

MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehemm! Lu orang ingat kami nie tunggul kayu? 

TNB : Korang boleh diam tak haa?? Nanti aku matikan elektrik, semua hilang baru korang tau...Nak tunjuk lagak konon...Bising jer! ;)


Okay lah, dah puas sengih sorang2?? hihihihi...daaaaa~
 
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers