Monday, March 12, 2012

Petua Memilih Kawan Menurut Imam Al-Ghazali


Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang BAIK dan kawan yang TIDAK BAIK..
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

 In order to be loved by someone, you've gotta first be loved by yourself.

 [Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]
Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

AWAS!! Bahaya Menjilat Sampul Surat


Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satu cara untuk berhubung. Cara yang paling cepat untuk melekatkan sampul surat adalah dengan menggunakan span basah.


Kisah menarik mengenai seorang wanita yang menggunakan lidah untuk menggantikan span basah bagi melekatkan sampul surat dan setem.

Pada suatu hari, seorang perempuan sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk melekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga perempuan itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.

Luka itu membengkak. Perempuan tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risaukan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.

Perempuan itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari. Bengak pada lidah perempuan tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada lidahnya.

Doktor tersebut terus mengarahkan perempuan itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah perempuan itu.

Doktor terus menasihati agar perempuan itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjol pada lidah perempuan tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah perempuan itu.

Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis :

"Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat."

"Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan 'tray' gam tersebut!"

"Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat pelekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah."

"Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa."

"Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

When you believe you are GOOD at something, you know you can be better.
If you always say you're weak, you'll never improve.

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Monday, March 5, 2012

[Tauladan] Bahana Mengamalkan Ilmu Hitam


Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani



Lama benar saya tidak berjumpa dengan Arifin. Rasanya sudah lebih 7 tahun sejak kawan lama saya itu diarahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya duduk. "Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang nie macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. Badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang", balas Arifin.

"Tengok nie ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar". Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak disampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.

"Patutlah aku tengok kau lain macam je tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah." katanya perlahan.

"Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, di belakang penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas," kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza ke serata hospital dan klinik, namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat menyembuhkan penyakitnya.

"Sakit apa, doktor pun tak tau," tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung?" saya bertanya.

"Dah, tapi macam biasalah. Bomoh cakap kena buatan orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk, dan macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung dan kusut.

"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam nie. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu.

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang dihabiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang nie, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden," tambah Arifin.

"InsyaAllah." Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. Tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu," kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya, ustaz. Saya tunggu", katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz," Arifin mempelawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik nie. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni esensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik saja pintu dibuka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

"Za. Nie Ustaz Nahrawi datang," kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan. Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya  kepadanya; "Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".

"Tak adalah, ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Errr...dari mana datangnya bau yang...." Soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo....mmm, dari alat sulit dia," kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di impa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah," kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahinya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menelefon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz," katanya.

"Sekarang barulah saya tahu kenapa dia jadi macam tu".

"Kenapa?" pantas saya bertanya.

"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”" Arifin menyambung ceritanya.

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan itu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan. "Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan..." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia," kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tahu ia susah nak dibuat, tapi keadaan memaksa.

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mahu saya maafkan dia?" tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

"Buat malam nie juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Wallahu'alam bissawab!

♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, 
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

♥ I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as my Religion,
and Muhammad (s.a.w) as my Prophet ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

[Info Sihat] Budu Mampu Tingkatkan IQ??


Budu yang berasal dari negeri Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Yummyyy!! Terliuq sudaahhh...hahaha! :p
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal . Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Otak cerdas, badan cergas...yeaayy!! :)

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makanan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Budu atau sos ikan bilis.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau ijangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Nota hujung jari : WoWw!! Bercerita tentang budu buat lidah cheq kecur ja, terliuq sudah tau! Haishh...mula lah terbayang macam-macam lauk + nasik. Makan nasik putih bersama budu (dicampur bawang+cili+perahan limau), telur dadar, ikan bilis goreng pon dah rasa sedap hingga menjilat jari, nasik  boleh bertambah2 tau! *mode : perut berkeroncong zapin mak inang* hahahaha...adessss!!

♥ Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA,
duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket
Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

515 Bahan Kimia Masuk Dalam Tubuh Wanita Setiap Hari


Apabila menyentuh bab kecantikan, tentu sekali perkara paling mustahak untuk diberi keutamaan adalah kulit yang licin dan cantik. Tampil cantik bagi sebahagian wanita adalah suatu kemestian. Tidak hairan jika mereka menggunakan 1001 macam jenis kosmetik untuk tampil cantik semaksima mungkin di setiap kesempatan. 

Menurut satu kajian baru, wanita biasanya menggunakan hingga 13 produk, yang sebahagian besar mengandungi lebih daripada 20 bahan, termasuk aditif (bahan penambah).

Dengan kuasa mekap, seseorang itu nampak luar biasa daripada biasa.
Sebahagian besar kosmetik kegemaran kita adalah campuran yang dihasilkan secara industri dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan kita dan dalam beberapa kes, bukan memberikan kita potensi ‘anti-penuaan’ tetapi menyebabkan kita nampak tua dengan lebih cepat. Minyak wangi mengandungi campuran rata-rata daripada 250 bahan, dengan beberapa mengandungi sebanyak 400.

Penyelidikan oleh Bionsen, syarikat yang membuat deodoran yang kata mereka ‘bebas aluminium’, mengatakan beberapa bahan aditif dalam produk-produk lain telah dikaitkan dengan kanser, masalah hormon, kondisi kulit dan alergi.

Lipstik mengandungi purata 33 bahan, losyen tubuh 32, maskara 29, dan produk yang paling murni, pelembap tangan, 11.

Poll (pungutan suara) dari 2,016 orang wanita oleh Bionsen mengatakan sebahagian besar dari bahan tercemar adalah ditimbulkan sendiri oleh wanita yang menyemburkan deodoran, menyapu pelembab tubuh dan memakai lipstik pada setiap pagi.

Lapan daripada 12 daerah di tubuh ditandakan oleh Bionsen sebagai tempat di mana para wanita menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia itu pada wajah atau kepala dan termasuk pelembab, fondasi (foundation), pemerah muka, make-up mata, spray rambut dan parfum kepala atau wajah.


Penelitian dari University of Medicine Wilayah Kyoto menunjukkan bahawa beberapa parabens yang dahulu kita anggap selamat, seperti Methylparaben, boleh bermutasi dan menjadi racun bila terkena sinar matahari. Parabens adalah salah satu bahan pengawet yang paling banyak digunakan di dunia, dan dijumpai dalam syampu, gel rambut, gel pencukur dan losyen tubuh. Tetapi penggunaan menjadi semakin kontroversial – pelbagai kajian telah menghubungkan mereka dengan masalah kesihatan yang serius termasuk kanser payudara, serta masalah kesuburan pada lelaki.

Penelitian sebelumnya menemukan satu pertiga wanita di bawah usia 25 tahun memakai produk yang ditujukan untuk mereka yang lebih daripada 40-an, berpotensi mendedahkan diri mereka kepada kerosakan yang tidak diingini dari rawatan yang dibuat khusus untuk kulit yang lebih tua.

Pesakit Eksema yang menggunakan produk yang terlalu berminyak sering menderita suatu keadaan yang disebut oklusi folikulitis (occlusive folliculitis) – iaitu keringat tidak boleh keluar melalui liang-liang roma yang tersumbat, menyebabkan bengkak merah gatal.

Ada beberapa undang-undang yang direka untuk melindungi kita daripada bahan kimia berbahaya dalam kosmetik, namun para penyelidik bimbang bahawa mereka tidak pergi cukup jauh. Sebagai contoh, pengeluar kosmetik wajib menyenaraikan bahan-bahan mereka, tetapi mereka tidak perlu memberi tahu kita mengenai kotoran yang ditemui pada bahan mentah ataupun digunakan dalam proses pembuatan, selama mereka tidak menyiapkan produk.

Jika anda ingin melindungi diri daripada bahan kimia yang berlebihan, kurangkanlah penggunaan kosmetik anda secara keseluruhan, beralih kepada produk-produk alamiah dan organik, serta membaca label pada produk-produk penjagaan kecantikan dengan lebih berhati-hati.

Nota hujung jari : Muka cantik, hati pun kena cantik…kalau diseimbangkan pastinya indah! Ahakss :D
♥ Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN,
tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang ♥

[Qaseh Arissa in da house - Pis yo!]Photobucket

Kalau suka LIKE saja. Feel free to COMMENT. Enjoy reading guys! (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lilypie Trying to Conceive Event tickers